Sabtu, 12 Julai 2014

BISNES, AMBIL TINDAKAN SEGERA.

               Agak menarik tajuk yang ingin saya kupas kali ini. Sebenarnya idea ini datang semasa sedang berbual kosong dengan rakan. Sebagai seorang yang ada melakukan kerja sebagai kontraktor binaan, maka topik pun berkisar tentang binaan bangunan. Adalah maklumat yang boleh diguna pakai walau pun saya tidak sempat merakam atau menulis atas kertas.
               Dalam pada itu, ada juga menyebut beberapa jenis bisnes yang boleh mendatangkan pendapatan. Misalnya, kereta sewa. Apakah risiko kereta sewa? Risiko kereta sewa ialah kemalangan dan kecurian. Risiko lain memang ada namun inilah yang terbesar.Untuk berjaya dalam bisnes ini kita perlu mendekati mereka yang telah berjaya. Bukannya mendengar daripada orang yang hanya fikir tentang risiko itu sahaja.
               Bisnes lain yang ada disebut ialah tentang kedai kopi, namun perlu ada kesungguhan. Katanya lagi, untuk sukses dalam bisnes kita perlu fikir dua perkara ini. Pertama, hati mesti kuat. Apa maksud? Hati mesti kuat untuk terus dalam cabaran yang bakal ditempuh. Cabaran banyak, misalnya, pencuri, gangguan gengster, kerugian dan sebagainya perlu hati yang kuat. Kedua, otak mesti berfikir. Apa maksud? Otak mesti fikir ke hadapan. Apakah cara untuk kembangkan bisnes dan sebagainya.
               Walaupun perbualan ini biasa-biasa namun boleh dimanipulasikan untuk memulakan bisnes. Akhirnya apa tunggu lagi " Ambil Tindakan Segera".
           
             
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan