Sabtu, 16 Ogos 2014

ANGAN-ANGAN

               Hari ini 16 0gos 2014 saya teruk ditertawakan. Sampai ada yang mengalir air mata. Ketawa terbahak-bahak. Nasib baik tidak ada yang ketawa sampai terguling-guling.Ceritanya bermula apabila saya bersembang bersama seorang rakan setugas yang sepuluh tahun lebih lama berkhidmat daripada saya.Hari ini merupakan mesyuarat untuk kakitangan buat kali yang kelima diadakan.Seketikanya kami keluar sebentar untuk menyedut udara segar. Jauh daripada pembesar suara.Ah, lega rasanya. Sambil berborak saya pun bertanya tentang tanaman tebu yang dia usahakan.
               Saya pun mula mengacukan soalan.

Saya     :  Sudah ada pergi kebun untuk tengok tanaman tebu?
Kawan :   Ada minggu lepas, pergi meracun, jawabnya.
Saya    :   Bagaimana cara tanam tebu?
Kawan :   Senang saja, engkau letak batang tebu dalam barisan, tidak perlu batas. Kemudian jarak antara
                barisan kira-kira 6 kaki. Mudah untuk laluan jalan kaki.
Saya    :   Jika traktor dapat tidak jalan untuk jarak 6 kaki?
Kawan :  Hello, kawan, saya cakap untuk tanam seekar, bukannya sehektar!

              Dia pun angkat daripada tempat duduk, sambil memandang saya dengan geram. Aduh, tiba-tiba pula saya tanya soalan yang bangang! Habislah kali ini. Memang betul tekaan saya. Perkara itu dia terus dia ceritakan kepada kawan-kawan senior dia yang lain. Maka habislah saya kena kutuk.

Pengajaran.

              Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk menanam tanaman di tanah sendiri. Namun terpaksa ditangguhkan kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Apabila memikirkan ada rakan yang menanam tebu saya pun memasang angan-angan untuk menanam tebu. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan. Itulah akibatnya kata-kata jenaka, tetapi dianggap serius oleh rakan.Namun saya tidak berkecil hati. Mungkin ini satu cabaran. Ya Allah makbulkanlah doaku.Jadikanlah diriku seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.