Khamis, 5 November 2015

KELAPA SAWIT VS POKOK

           Sebagai seorang yang mula berjinak-jinak untuk mengetahui tanaman kelapa sawit, saya telah membuat pemerhatian sekadar untuk menambah pengetahuan sendiri untuk tanaman jenis palma ini. Jika memberi manfaat kepada anda semua, maka dapatlah pahala.  Di bawah saya akan letakkan beberapa keping gambar kelapa sawit yang bersaing dengan sebatang pokok Ru. Jika persaingan ini pun membolehkan kelapa sawit ini berbuah, maka pokok ini memang mempunyai nilai persaingan yang tersendiri. Apatah lagi, jika pokok sawit ditanam ditempat yang subur, maka hasilnya pasti amat menakjubkan.


Sudut 1


Sudut 2


Sudut 3


Berbuah dan masak

        Kesimpulan yang diperoleh daripada gambar ini ialah pokok sawit mempunyai ketahanan yang tersendiri untuk hidup. Jika dijaga dan tidak dihimpit oleh pokok lain, sawit ini dengan izin Allah akan berbuah lebat.