Rabu, 30 Ogos 2017

MEMANGKAS DAHAN SAWIT

Apakah tujuan pemangkasan dahan kelapa sawit?

Tujuan pemangkasan dahan kelapa sawit ialah untuk menjadikan pokok kelapa sawit  menjadi lebih subur.

Ya, itulah apa yang kita perlukan apabila berfikir untuk pruning dahan kelapa sawit. Untuk memangkas dahan kelapa sawit masa yang diperlukan dalam lingkungan 20 minit ke 30 minit. Itu untuk sepokok sahaja. Hasilnya kita akan puas hati kerana tanaman yang kita usahakan, kita sendiri yang melakukannya. Kita boleh bersama isteri kita, supaya kerja jadi lebih ringan. Kita juga boleh mengajak rakan karib kita yang boleh kita harapkan. Tujuannya ialah untuk proses pemangkasan nanti membuahkan hasil. Di samping itu, dapatlah kita berbual-bual untuk menghilangkan bosan.

                                                 
                                                Ini gambar pokok yang kita hendak pangkas.                                                                                              Umur pokok ini kira-kira 2 tahun 8 bulan.


Saya fikir untuk memangkas dahan, kedudukan mata pangkas dengan cara menyerong lebih selesa.


Inilah rakan saya yang boleh diharapkan untuk memangkas dahan kelapa sawit. Orangnya                                               tangkas,tekun dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.


Pergerakan perlu ada fokus. Maksud saya dari mana kita mula dan di mana kita tamat untuk sekeliling pokok. Saya fikir perkara ini adalah mengikut keselesaan. Mungkin orang kidal dengan kanan adalah berbeza keselesaannya.


Sedikit lagi mahu siap. Dahan yang sudah di cantas perlu dipindahkan ke tempat yang sesuai.


Pemangkasan yang sudah siap. Maaf kerana ada rumput dekat buah. Belum dicabut. Lepas ini baharu cabut. Keliling pokok saya tabur kapur pertanian untuk menuteralkan tanah dan menyeimbangkan PH tanah. Lepas ini mudah-mudahan ada duit untuk beli baja buah. Ya Allah, makbulkan doaku ini!


Tip : Seorang penanam sawit yang pernah berkursus dengan pihak berkaitan telah bermurah hati memberi tip semasa proses pruning dijalankan. Beliau ialah anak saudara sepupu. Dahan pokok sawit janganlah dipangkas terlalu banyak. Memadailah dahan-dahan asal. Maksud saya dahan daripada anak benih yang terletak dekat tanah. Ingatlah jika terlebih pangkas akan mendatangkan kesakitan kepada pokok sawit. Wah, macam manusia pula!

Yang baik datang daripada Allah s.w.t