Rabu, 29 Januari 2014

AROWANA DAN CERITA DISEBALIKNYA DALAM MAJALAH JINAK


Daripada hobi melihara ikan laga dan ikan emas, akhirnya saya beralih kepada memelihara Arowana.
Kepada yang ingin memelihara arowana, kesabaran, kerajinan dan minat yang berterusan perlu dimiliki.
Berbekalkan minat yang mendalam ini saya berkongsi bagaimana mula berputiknya minat terhadap arowana. Saya coretkan sedikit pengalaman di dalam majalah JINAK bulan JAN/FEB 2014. Semoga hobi ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita.



Boleh dibaca pada halaman 25


Dapatkan majalah jinak di pasaran


Terima kasih kepada KRU penerbit majalah JINAK.

PETUA HILANGKAN DEMAM PANAS DENGAN ASAM JAWA


Sumber foto: http://food.detik.com/



Dengan izinNya jugalah segala kesulitan dapat diatasi. Berusaha dan bertawakkal amatlah dituntut dalam hidup ini.

Pada catatan kali ini, saya ingin berkongsi petua yang pernah saya peroleh teorinya. Malah dengan teori itulah saya praktikkan kepada anak saya sendiri. Selama ini saya hanya mengetahui bahawa dengan meletakkan air asam jawa yang telah digaul lalu di lumur ke atas kepala boleh meredakan demam panas, namun ada tambahannya.Petua ini diperoleh daripada seorang rakan setugas.

CARA MENGGUNAKAN

1. Ambil segenggam asam jawa yang masih ada biji.
2. Gaul dengan air suam.
3. Setelah itu, ramaskan ke atas kepala.
4. Selain kepala, letakkan juga air asam tadi di belakang.

Biasanya anak kecil akan rimas dengan keadaan ini. Gunakan psikologi anda. Insya Allah, lihatlah hasilnya nanti. Semoga bermanfaat.