ASAS PEMELIHARAAN AROWANA
Pemeliharaan Arowana membolehkan seseorang menjadikan rutin kehidupan seperti mencuci kereta, membersihkan longkang, mengemas rumah dengan mengelap tingkap, mengelap kipas, susun perabot menjadi lebih aktif dan efektif. Memelihara arowana ini seolah-olah menjadi tonik kekuatan untuk bergerak. Pencinta haiwan ini akan dapat diketahui sekiranya ia berkunjung ke rumah. Banyaklah yang akan ditanya dari A-Z. Allhamdullillah sejak 2 tahun jadi pemelihara arowana akuarium, saya sudah dapat memahami kehendak ikan ini. Setakat ini saya sudah ada 3 ekor arowana di dalam akuarium yang berasingan dalam rumah. Jangan ketawa pula, setiap ikan tersebut ada nama. Seekor nama Aro agak kuat makan, seekor nama Klis makan antara 3-4 ekor sahaja dan amat pemilih. Kedua-dua arowana ini jenis RTG. Seekor lagi ahli baru jenis Green diberi nama Calese. Nama ini diberi oleh anak-anak yang bersama membeli di kedai ikan hiasan.Apapun, ini tulisan pertama saya di blog ini , saya menerima teguran kritikan yang membina. Pujian memberi saya kekuatan. Namun, semua kebaikan daripada Allah S.W.T dan kelemahan itu daripada saya sendiri.
Untuk memelihara ikan ini, saya teringat kata-kata ustaz yang popular, kita perlu menyediakan tempat tinggal, makan dan minum. Kalau pelihara Arowana, perlu;
1. Akuarium
2. Penutup
3. Pam air( saya suka jenis di dalam akuarium)
4.Tempat letak akuarium
5. Fikir makanan - ulat burung, cengkerik (biasa) makanan digemari lipan bara.
Sekian, akan di sambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan