Assalamualaikum. Bertemu lagi. Kali ini cuba pula untuk bertanam tebu. Ada juga menonton daripada video. Ada juga membaca daripada blog lain. Bertambah jugalah pengetahuan. Namun pada kes gambar di bawah, saya telah potong ruas kepada tiga mata tunas.Pertumbuhannya agak cepat. Disebabkan terlalu banyak benih yang dibeli sehinggakan tidak mampu pula untuk dialihkan ke tapak tanaman. Ini atas sebab tidak cukup kakitangan. Namun hal ini dapat memberi pengajaran. Daripada terbuang begitu sahaja, saya sediakan tapak semaian kecil dibelakang rumah, di bawah teduhan pohon mengkudu, ternyata cubaan yang berbaloi. Tunas tumbuh dengan luar biasa. Dengan cara ini tunas akan tumbuh secara menegak. Selepas disusun berbaris, saya taburkan top soil.
Tunas yang tumbuh secara menegak
Benih yang akan dialih ke tapak tanaman.
Pada kes gambar di bawah, saya cuba untuk merendam batang tebu dalam air. Tebu memang agak tahan dan akan mengeluarkan tunas, namun dalam tempuh seminggu air dalam bekas tersebut berbau busuk. Ini boleh mengganggu jiran sebelah. Bahaya, nanti jiran marah.
Tunas akan tumbuh mengikut batang tersebut.
Jadi di sini kita ada beberapa pilihan.
1. Potong dua atau tiga mata tunas dan tanam terus ke kebun.
2. Semai dahulu, sehinga tunggu mata tunas tumbuh. Ini bergantung kepada masa kita untuk menanam.
3. Rendam ke dalam bekas berisi air. Berlarutan sehingga tiga minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan