Selasa, 25 November 2014

CARA TANAM TEBU


Assalamualaikum. Bertemu lagi. Kali ini cuba pula untuk bertanam tebu. Ada juga menonton daripada video. Ada juga membaca daripada  blog lain. Bertambah jugalah pengetahuan. Namun pada kes gambar di bawah, saya telah potong ruas kepada tiga mata tunas.Pertumbuhannya agak cepat. Disebabkan terlalu banyak benih yang dibeli sehinggakan tidak mampu pula untuk dialihkan ke tapak tanaman. Ini atas sebab tidak cukup kakitangan. Namun hal ini dapat memberi pengajaran. Daripada terbuang begitu sahaja, saya sediakan tapak semaian kecil dibelakang rumah, di bawah teduhan pohon mengkudu, ternyata cubaan yang berbaloi. Tunas tumbuh dengan luar biasa. Dengan cara ini tunas akan tumbuh secara menegak. Selepas disusun berbaris, saya taburkan top soil



Tunas yang tumbuh secara menegak


Benih yang akan dialih ke tapak tanaman.

Pada kes gambar di bawah, saya cuba untuk merendam batang tebu dalam air. Tebu memang agak tahan dan akan mengeluarkan tunas, namun dalam tempuh seminggu air dalam bekas tersebut berbau busuk. Ini boleh mengganggu jiran sebelah. Bahaya, nanti jiran marah.


Tunas akan tumbuh mengikut batang tersebut.

Jadi di sini kita ada beberapa pilihan.
1. Potong dua atau tiga mata tunas dan tanam terus ke kebun.
2. Semai dahulu, sehinga tunggu mata tunas tumbuh. Ini bergantung kepada masa kita untuk menanam.
3. Rendam ke dalam bekas berisi air. Berlarutan sehingga tiga minggu.



Jumaat, 19 September 2014

JIKA TIDAK BERBUDI KEPADA TANAH

           



Tanah terbiar, rumput tumbuh menghijau.


       Mana mungkin tanah itu boleh membalas budi, jika kita tidak berbudi kepada tanah tersebut.Tulisan pada kali ini agak menarik untuk ditonjolkan. Tajuknya pun menunjukkan bahawa jika tidak dilakukan sesuatu kepada tanah yang ada, tidak adalah hasil yang dapat diperoleh.Tanah yang hidup subur dengan rumput rampai dan terbiar begitu sahaja tidak akan memberikan hasil kepada pemiliknya.Ajaibnya jika dilihat kepada rumput-rampai yang tumbuh, memang luar biasa. Tengok sahaja pada daun-daun rumput tersebut seolah-olah bagai diberi baja  secara berkala. Besar-besar dan menghijau tanpa had. "In Shaa Allah", jika terbit sedikit kerajinan, pasti akan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Usahlah difikirkan sangat pasal tanah yang banyak, berhektar-hektar baharulah hendak memulakan usaha. Tanah yang ada usahakanlah sebaik mungkin. Saya melihat kepada tanah sekangkang kera ini, seperti melihat kepada negara jiran kita. Tanah yang ada digunakan sebaik mungkin. Tengok kepada ekonomi negara tersebut sungguh mengagumkan.Subhanallah. 




Sebatang pokok kelapa yang dapat menceritakan perihal tanah terbiar selama lebih 20 tahun.

Perancangan

          Apakah rancangan anda? Ya, jika dilihat kepada gambar, memang sayu juga melihat keadaan tersebut. Dalam kepala ada macam-macam yang hendak ditanam. Kelapa sawit, getah, kelapa, lada, atau tanam pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan, manggis, durian dan lain-lain. Namun perlu ada satu fokus tanaman apa yang boleh mendatangkan hasil. Tidak nanti hanya berpenat lelah tetapi hasilnya tidak ada.

Tindakan


            Setakat ini, pertamanya, sudah jumpa dengan jiran yang berdekatan.  Keduanya, sudah meninjau sempadan tanah. Setakat ini, langkah ketiga sudah bertindak untuk meracun. Allhamdulillah semoga bergerak ke peringkat yang seterusnya. Doa semoga berjaya. Amin.


Sekian, tulisan yang ringkas untuk kekuatan diri dan anda yang membaca.














Sabtu, 16 Ogos 2014

ANGAN-ANGAN

               Hari ini 16 0gos 2014 saya teruk ditertawakan. Sampai ada yang mengalir air mata. Ketawa terbahak-bahak. Nasib baik tidak ada yang ketawa sampai terguling-guling.Ceritanya bermula apabila saya bersembang bersama seorang rakan setugas yang sepuluh tahun lebih lama berkhidmat daripada saya.Hari ini merupakan mesyuarat untuk kakitangan buat kali yang kelima diadakan.Seketikanya kami keluar sebentar untuk menyedut udara segar. Jauh daripada pembesar suara.Ah, lega rasanya. Sambil berborak saya pun bertanya tentang tanaman tebu yang dia usahakan.
               Saya pun mula mengacukan soalan.

Saya     :  Sudah ada pergi kebun untuk tengok tanaman tebu?
Kawan :   Ada minggu lepas, pergi meracun, jawabnya.
Saya    :   Bagaimana cara tanam tebu?
Kawan :   Senang saja, engkau letak batang tebu dalam barisan, tidak perlu batas. Kemudian jarak antara
                barisan kira-kira 6 kaki. Mudah untuk laluan jalan kaki.
Saya    :   Jika traktor dapat tidak jalan untuk jarak 6 kaki?
Kawan :  Hello, kawan, saya cakap untuk tanam seekar, bukannya sehektar!

              Dia pun angkat daripada tempat duduk, sambil memandang saya dengan geram. Aduh, tiba-tiba pula saya tanya soalan yang bangang! Habislah kali ini. Memang betul tekaan saya. Perkara itu dia terus dia ceritakan kepada kawan-kawan senior dia yang lain. Maka habislah saya kena kutuk.

Pengajaran.

              Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk menanam tanaman di tanah sendiri. Namun terpaksa ditangguhkan kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Apabila memikirkan ada rakan yang menanam tebu saya pun memasang angan-angan untuk menanam tebu. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan. Itulah akibatnya kata-kata jenaka, tetapi dianggap serius oleh rakan.Namun saya tidak berkecil hati. Mungkin ini satu cabaran. Ya Allah makbulkanlah doaku.Jadikanlah diriku seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Selasa, 29 Julai 2014

AIR AKUARIUM TANPA AERATOR

                   Pada catatan kali ini, saya ingin berkongsi tip tentang pemeliharaan ikan emas tanpa pengunaan aerator dalam akuarium. Ini adalah pengalaman sebagai pemelihara ikan emas. Apabila saya bertanya kepada abang saya, berapa lama ikan yang dia pelihara itu. Dia menjawab, "setahun". Ini bermakna tanpa aerator ikan emas boleh hidup lama. Namun, bagi yang menggemari akuarium yang ada buih-buih air bergerak, keadaan ini kelihatan agak statik. Ini bergantung kepada seseorang itu, sama ada mahu menggunakan aerator atau tidak.

Akuarium dirumah abang



Akuarium di rumah saya


Hampir 8 bulan tanpa aerator


Pandangan jarak dekat

               Mungkin ada yang bertanya air apa yang digunakan. Jawapannya ialah gunakan air dari alat penapis yang dapat menyingkirkan klorin.


























Sabtu, 12 Julai 2014

BISNES, AMBIL TINDAKAN SEGERA.

               Agak menarik tajuk yang ingin saya kupas kali ini. Sebenarnya idea ini datang semasa sedang berbual kosong dengan rakan. Sebagai seorang yang ada melakukan kerja sebagai kontraktor binaan, maka topik pun berkisar tentang binaan bangunan. Adalah maklumat yang boleh diguna pakai walau pun saya tidak sempat merakam atau menulis atas kertas.
               Dalam pada itu, ada juga menyebut beberapa jenis bisnes yang boleh mendatangkan pendapatan. Misalnya, kereta sewa. Apakah risiko kereta sewa? Risiko kereta sewa ialah kemalangan dan kecurian. Risiko lain memang ada namun inilah yang terbesar.Untuk berjaya dalam bisnes ini kita perlu mendekati mereka yang telah berjaya. Bukannya mendengar daripada orang yang hanya fikir tentang risiko itu sahaja.
               Bisnes lain yang ada disebut ialah tentang kedai kopi, namun perlu ada kesungguhan. Katanya lagi, untuk sukses dalam bisnes kita perlu fikir dua perkara ini. Pertama, hati mesti kuat. Apa maksud? Hati mesti kuat untuk terus dalam cabaran yang bakal ditempuh. Cabaran banyak, misalnya, pencuri, gangguan gengster, kerugian dan sebagainya perlu hati yang kuat. Kedua, otak mesti berfikir. Apa maksud? Otak mesti fikir ke hadapan. Apakah cara untuk kembangkan bisnes dan sebagainya.
               Walaupun perbualan ini biasa-biasa namun boleh dimanipulasikan untuk memulakan bisnes. Akhirnya apa tunggu lagi " Ambil Tindakan Segera".
           
             
             

Isnin, 12 Mei 2014

KETAPANG NAN RIMBUN





Ketapang sejenis pohon hiasan yang menjadi landskap yang dapat menyejukkan tumbuh-tumbuhan di bawah naungannya.Setelah beberapa tahun menjadi penghobi arowana, pohon ini seakan-akan menjadi pelengkap dalam minda.Jika fikir arowana, maka fikir juga daun ketapang.Apa yang menariknya saya hanya akan menggunakan sehelai daun tersebut dan dimasukkan ke dalam akuarium sebagai pembangkit selera, jika arowana kurang berselera.Saya menyimpan daun tersebut di dalam bekas kedap udara supaya aroma tidak hilang.



Daun yang jatuh di atas rumput

Daun yang jatuh di atas simen

Landskap ketapang

Edit

Persekitaran bangunan yang terdapat pohon ketapang

Bangunan pentadbiran negeri

Daun ketapang yang disimpan dalam bekas kedap udara

Sebaik sahaja dikeluarkan daripada bekas, aromanya akan menusuk ke dalam lubang hidung. Terasa luas pula lubang hidung selepas menghidu aroma daun ketapang tersebut.Jangan lakukan jika anda alah terhadap daun ketapang.
Persoalannya adakah perbezaan antara daun yang jatuh di atas tanah dengan yang jatuh di atas simen?
Ya, ada perbezaannya, daun yang jatuh di atas simen mempunyai aroma yang lebih tajam.

Segala kelemahan datangnya daripada hamba ini, segala kebaikan datangnya daripada Allah s.w.t.


Sabtu, 12 April 2014

AROWANA,AROWANA,AROWANA

Wah, tiga kali ulang!
Kenapa?
Hari sabtu bersamaan 12.04.2014 cukup tiga tahun saya sebagai penghobi arowana. Sebelum ini Arowana jenis RTG ini telah dibeli pada 12.04.2011.

Apakah yang dilakukan selama tiga tahun tersebut?
Selama tiga tahun ini membersih akuarium, menukar air, mengisi air dan sebagainya sudah menjadi rutin kehidupan.Apabila ada peluang pasti akan tengok akuarium arowana.

Apakah cita-cita pada masa hadapan?
Ya, sangat besar cita-cita. Jika ada modal, sekarang juga saya ingin memiliki kolam ternakan arowana sendiri. Di samping itu, saya akan membuka kedai akuarium.Sudah tentulah arowana yang akan dijual.
Insya Allah.Sempena ulang tahun yang ketiga ini. Saya telah meluangkan sedikit masa untuk membersih akuarium dan menukar air Klise. Nama untuk arowanalah.

Sebelum.

Sebelum

Selepas

Selepas



Nampaklah kilauan.







Sabtu, 5 April 2014

VISI SIX PACK 365 HARI

MISI

1.   Bersenam 3 - 4 kali seminggu ( 30 - 60 minit ).

2.   Bersenam di gimnasium.

3.   HIIT ( HIGH INTENSITY INTERVAL TRANING )
      
HIIT merupakan salah satu senaman kardio yang mampu meningkatkan kadar metabolism dan akan             kembali normal setelah selesai latihan. Aktiviti seperti berjoging diselang-selikan dengan kelajuan tinggi           mencecah 85% daripada kadar maksimum selama 30 saat hingga 1 minit dengan kelajuan selangan               perlahan atau rehat 1 minit hingga 2 minit. Bagi yang melakukannya pada treadmill, berlari dengan                 kelajuan 9.0-12.0 dalam tempoh 30 saat dan kemudian berjalan dengan kelajuan 3.0 untuk 1 minit.               Lakukan dalam ulangan 10 kali. Kajian daripada Universiti Laval, Quebec menunjukkan bahawa HIT           mampu membakar 9 kali lemak berbanding senaman kardio biasa.( Sumber : Majalah Maskulin )

4.   Latihan otot untuk membentuk six pack

5.   Menurunkan berat badan 5 - 6 kilogram dalam bulan puasa.

6.   Diet seimbang.

7.   Menjaga kesihatan.

8.   Ceria.

9.   Senyum.

10. Cool.

Rabu, 29 Januari 2014

AROWANA DAN CERITA DISEBALIKNYA DALAM MAJALAH JINAK


Daripada hobi melihara ikan laga dan ikan emas, akhirnya saya beralih kepada memelihara Arowana.
Kepada yang ingin memelihara arowana, kesabaran, kerajinan dan minat yang berterusan perlu dimiliki.
Berbekalkan minat yang mendalam ini saya berkongsi bagaimana mula berputiknya minat terhadap arowana. Saya coretkan sedikit pengalaman di dalam majalah JINAK bulan JAN/FEB 2014. Semoga hobi ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita.



Boleh dibaca pada halaman 25


Dapatkan majalah jinak di pasaran


Terima kasih kepada KRU penerbit majalah JINAK.

PETUA HILANGKAN DEMAM PANAS DENGAN ASAM JAWA


Sumber foto: http://food.detik.com/



Dengan izinNya jugalah segala kesulitan dapat diatasi. Berusaha dan bertawakkal amatlah dituntut dalam hidup ini.

Pada catatan kali ini, saya ingin berkongsi petua yang pernah saya peroleh teorinya. Malah dengan teori itulah saya praktikkan kepada anak saya sendiri. Selama ini saya hanya mengetahui bahawa dengan meletakkan air asam jawa yang telah digaul lalu di lumur ke atas kepala boleh meredakan demam panas, namun ada tambahannya.Petua ini diperoleh daripada seorang rakan setugas.

CARA MENGGUNAKAN

1. Ambil segenggam asam jawa yang masih ada biji.
2. Gaul dengan air suam.
3. Setelah itu, ramaskan ke atas kepala.
4. Selain kepala, letakkan juga air asam tadi di belakang.

Biasanya anak kecil akan rimas dengan keadaan ini. Gunakan psikologi anda. Insya Allah, lihatlah hasilnya nanti. Semoga bermanfaat.