Jumaat, 19 September 2014

JIKA TIDAK BERBUDI KEPADA TANAH

           



Tanah terbiar, rumput tumbuh menghijau.


       Mana mungkin tanah itu boleh membalas budi, jika kita tidak berbudi kepada tanah tersebut.Tulisan pada kali ini agak menarik untuk ditonjolkan. Tajuknya pun menunjukkan bahawa jika tidak dilakukan sesuatu kepada tanah yang ada, tidak adalah hasil yang dapat diperoleh.Tanah yang hidup subur dengan rumput rampai dan terbiar begitu sahaja tidak akan memberikan hasil kepada pemiliknya.Ajaibnya jika dilihat kepada rumput-rampai yang tumbuh, memang luar biasa. Tengok sahaja pada daun-daun rumput tersebut seolah-olah bagai diberi baja  secara berkala. Besar-besar dan menghijau tanpa had. "In Shaa Allah", jika terbit sedikit kerajinan, pasti akan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Usahlah difikirkan sangat pasal tanah yang banyak, berhektar-hektar baharulah hendak memulakan usaha. Tanah yang ada usahakanlah sebaik mungkin. Saya melihat kepada tanah sekangkang kera ini, seperti melihat kepada negara jiran kita. Tanah yang ada digunakan sebaik mungkin. Tengok kepada ekonomi negara tersebut sungguh mengagumkan.Subhanallah. 




Sebatang pokok kelapa yang dapat menceritakan perihal tanah terbiar selama lebih 20 tahun.

Perancangan

          Apakah rancangan anda? Ya, jika dilihat kepada gambar, memang sayu juga melihat keadaan tersebut. Dalam kepala ada macam-macam yang hendak ditanam. Kelapa sawit, getah, kelapa, lada, atau tanam pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan, manggis, durian dan lain-lain. Namun perlu ada satu fokus tanaman apa yang boleh mendatangkan hasil. Tidak nanti hanya berpenat lelah tetapi hasilnya tidak ada.

Tindakan


            Setakat ini, pertamanya, sudah jumpa dengan jiran yang berdekatan.  Keduanya, sudah meninjau sempadan tanah. Setakat ini, langkah ketiga sudah bertindak untuk meracun. Allhamdulillah semoga bergerak ke peringkat yang seterusnya. Doa semoga berjaya. Amin.


Sekian, tulisan yang ringkas untuk kekuatan diri dan anda yang membaca.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan