Rabu, 21 Januari 2015

Hari pertama di sekolah menengah.

Karangan bersama anakku.

          Nama saya ialah Muhammad Danial Hamiz bin Fadzil. Umur saya ialah tiga belas tahun. Sekolah rendah tempat saya belajar ialah Sekolah Kebangsaan Saint Teresa, Bau. Kebanyakan murid-murid di sekolah tersebut terdiri daripada bangsa Bidayuh.Saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bau, Bau. Namun, saya memohon untuk bertukar ke Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg kerana berdekatan dengan rumah saya.
          Saya telah diluluskan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg. Perasaan saya sangat gembira. Saya belajar dalam kelas Satu Emas.Semua pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua belajar pada sesi petang. Kelas bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 6.00 petang.
           Saya mendaftar bersama dengan ayah pada 4 Januari 2015. Minggu pertama ialah minggu orientasi. Semua murid tingkatan satu berkumpul di dewan perhimpunan.Antara maklumat yang dapat saya terima semasa minggu orientasi tersebut ialah mengetahui tempat dan bangunan yang terdapat di sekolah ini. Selain itu, saya dapat mengetahui jenis-jenis kegiatan kokurikulum dan kurikulum di sekolah ini.
          Di Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg ini, saya menyertai Pakej 1, iaitu catur dan persatuan pendidikan islam. Saya akan berusaha untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru terlibat dengan bersungguh-sungguh.
          Saya harap dapat berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sepanjang saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg. Saya juga berharap segala usaha saya akan menjadi kebanggaan keluarga, sekolah dan negeri Sarawak amnya.
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan