Isnin, 11 November 2013

BISNES BERGERAK YANG BERKESAN

Menjalankan perniagaan bergerak memerlukan kos minyak, penyelengaraan kenderaan, tenaga, masa dan cabaran persekitaran.Banyak yang telah berjaya dalam menjalankan bisnes jenis ini. Tidak kurang juga ada yang lingkup dalam tempoh masa yang sangat singkat. Selama hampir dua dekad saya tinggal di kawasan perumahan saya hanya dapat mengesan daripada berpuluh-puluh orang yang menjalankan bisnes bergerak ini,  ada seorang peniaga yang menggunakan motosikal menarik perhatian saya. Produk jualannya ialah kuih-muih pelbagai jenis seperti karipap, kuih lenggang, kuih Melaka, pulut panggang, nasi lemak dan pelbagai lagi. 
               Setiap pagi dia akan melintasi kawasan perumahan dan akan betul-betul berhenti di hadapan rumah saya. Apa yang dia lakukan ialah menjerit, "kuih,kuih,kuih,kuih secara berulang-ulang. Faktor suaranya dengan sebutan, intonasi dan nada yang mendayu-dayu sangat menarik perhatian. Kalau ada artis yang boleh saya sebut, mungkin Rosyam Noor jadi pilihan. Dia akan berhenti di hadapan rumah sekitar 3-5 minit. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh peniaga bergerak.Pelanggan perlu ambil masa untuk berfikir sama ada hendak membeli atau tidak. Biasanya saya akan terjaga, walaupun ketika itu saya masih tidur. Apabila masih lagi dia berbunyi, saya akan bingkas ke tingkap terus sahaja melambai-lambaikan tangan. Lambaian itu maksudnya hendak membeli. Dia akan berkata, "ok". Selepas itu kami akan berurusan jual-beli. Selepas itu ada juga jiran tetangga yang akan turut membeli.
                     Tidak lama selepas itu, ada juga seorang peniaga yang cuba meniru cara dia berniaga. Sama menggunakan motosikal.Tetapi caranya sangat berbeza. Dia membunyikan hon, berpusing di jalan mati lalu berlalu begitu sahaja. Tindakan kurang bijaknya menyebabkan kerugian. Dia tidak memberi peluang untuk orang di sesuatu kawasan membuat keputusan.
                      Idea saya syorkan kepada peniaga yang menjalankan bisnes bergerak ialah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti produk, personaliti, strategi, strategik, permintaan dan etika.

1. Killer Product
    Saya nyatakan di sini sebagai produk yang mampu menyebabkan pelanggan terkenang-kenang. Air liur boleh meleleh-leleh. Kadang-kadang kita boleh jual satu sahaja produk mampu menjana pendapatan yang lumayan. Apabila disebut KFC ramai yang tahu. Berapa jenis rempah  ratus yang digunakan. Semuanya ada 11 jenis rempah ratus. Sanggupkah kita menggunakan rempah ratus yang ada di Malaysia ini sebagai ramuan terhebat untuk ayam panggang? Rasanya kita perlu menggunakan 12 jenis rempah ratus menjadikan produk kita terhebat. Ini tidak, beli sos yang ada di pasaran, gaul garam, masukkan pewarna, panggang, kemudian jual. Adakah akan menjadi produk terhebat?

2. Personaliti
    Pakai baju yang bersih. Jika musim bola sepak, belilah mengikut pasukan negeri anda,pakailah. Peniaga yang saya sebutkan di atas tadi, dia gunakan kopiah. Nampak kemas, santun lagi. Satu lagi yang saya ingat dia akan membaca bismillah setiap kali mengambil kuih sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Jika pakai motosikal,cuci bersih.

3. Strategi
    Memilih produk yang ingin dijual, perlu perancangan. Bukannya produk yang kita hendak makan tetapi produk untuk orang hendak makan.Cara untuk mengenal pasti makanan yang kita hasilkan sedap ialah dengan menjemput ahli keluarga makan. Selain itu, melalui rumah terbuka semasa hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.Sekiranya licin, maka berjaya. Saya dan keluarga pernah mengadakan rumah terbuka. Ada refleksi rakan-rakan menyatakan delicious dalam Facebook. Bagaimana?

4. Strategik
    Tinjaulah di sesuatu kawasan. Jika ada gerai-gerai di tepi jalan, takkan saudara hendak mempertaruhkan diri hendak berbisnes di situ. "Buang tebiat agaknya". Eh, tidak juga! ada juga peniaga motosikal yang menjual kuih di pasar minggu."Maafkan saya". Malah kuihnya pun laku.

5. Permintaan
    Mustahil tidak ada orang mahu beli nasi lemak. Hendak jual nasi lemak peniaga harus mengutamakan nasi yang dimasak. Butir-butir yang lembut. Selain itu, sambal yang dihasilkan. Mestilah sedap.

6. Etika
    "Luar biasa ranggup cucur pisang ini, bisik saya dalam hati". Mungkin peniaga tersebut menggunakan telur." Jika telur tak apalah".

Bonus

Memotong rumput merupakan suatu perkhidmatan bergerak yang memerlukan seseorang itu menyingkirkan perasaan malu. Pekerjaan seperti ini mengambil peluang atas kemalasan seseorang. Mungkin tak ada masa atau tak ada mesin pemotong rumput. Saya sempat mengambil kandid seorang pemotong rumput yang datang memotong rumput di belakang rumah saya. Orangnya peramah sering menggunakan perkataan minta maaf, terima kasih dan berbudi bahasa. Suatu yang menarik perhatian ialah pada mulanya dia berikan harga RM40.00 untuk kali pertama.Kemudian seterusnya hanya RM30.00.


Minta maaf, gambar tanpa beritahu.



Boleh beri 9/10

Segala yang baik semuanya daripada Allah s.w.t.



1 ulasan: