Khamis, 7 November 2013

"KETUK PINTU" SUATU RAHSIA KELUARGA.

Assalamualaikum,
           
             Pada catatan kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang berkaitan cara mengelakkan diri dan keluarga daripada pencuri,pencerobah,perompak atau penjahat yang memasuki rumah.Usaha pertama yang perlu dilakukan terutama sewaktu sebelum masuk tidur dan menjadi rutin ialah memastikan semua pintu dan tingkap sudah ditutup dan dikunci. Jangan pula terlupa menutup pagar.Bertawakallah kepada Allah s.w.t dan mengamalkan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan "Tiga Qul" sebelum tidur.
             Saya telah cuba menunjukkan cara mengetuk pintu rumah dan pintu bilik kepada isteri dan anak-anak dengan ketukan yang ditentukan. Bolehlah dikatakan ketukan rahsia keluarga. Ini bermakna setiap daripada ahli keluarga mengetahui bunyi yang telah direka tersebut.Maka, jika bunyi ketukan yang didengar adalah lain daripada kebiasaannya, dapat kita ketahui bahawa itu bukan keluarga kita.
             Justeru itu, kita perlu berjaga-jaga. Pastikan telefon bimbit berfungsi. Jika ada tenaga, bersedialah dengan besi, batang kayu, rotan besar dan sebagainya.Kita bersedia menghadapi penjenayah.


PINTU BILIK
Bunyi yang dihasilkan

Pap,pap,pap



Tok,tok,tok



Tek,tek,tek



PINTU UTAMA


Pap,pap,pap


Tok,tok,tok


Tek,tek,tek


               Maka daripada ketukan tangan di atas, bunyi yang dihasilkan adalah berbeza. Jadi apabila digabungkan bunyinya seperti pap,pap,pap,tok,tok,tok,tek,tek,tek.Terpulanglah kepada anda untuk menghasilkan bunyi yang berlainan. Peraturan ini diwujudkan untuk mengenal pasti bahawa orang yang mengetuk pintu itu ahli keluarga kita atau sebaliknya. Anak saya mencadangkan supaya memberi salam terlebih dahulu, kemudian baharulah ketuk pintu.Wallahu a'lam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan